Latar belakang Perang_Candu

Perdagangan secara terus di antara Eropah dan China bermula pada kurun ke-16, selepas Portugis berjaya menawan penempatan India di Goa pada pertengahan kurun ke-16, dan Macau pada tahun 1557 di Selatan China. Selepas pihak Sepanyol memperolehi Filipina, pertukaran barangan dagangan antara China dan Barat meningkat dengan mendadak. Kapal layar Manila yang membawa masuk lebih banyak perak terus dari lombong Amerika Selatan ke China dan kemudian melalui jalan darat yang dikenali sebagai Jalan Sutera. Apabila terlalu banyak barang dagangan dibawa masuk, kerajaan Qing cuba untuk mengehadkan kontrak perjanjian dengan negara luar, mengehadkan pertukaran barang di pelabuhan Canton (kini dikenali sebagai Guangzhou). Perdagangan merupakan subjek yang perlu diselidiki dengan teliti oleh pegawai China. Empayar Sepanyol mula menjual candu, bersama-sama dengan barangan keluaran baharu seperti rokok dan jagung, ke China supaya dapat mengelakan defisit ke atas perdagangan yang menyebabkan harga melebihi perak

Disebabkan kekurangan permintaan ke atas barangan dagangan Eropah dari pihak China, dan permintaan yang tinggi terhadap barangan China dari pihak Eropah seperti teh,sutera dan tembikar menyebabkan pihak pedagang Eropah terpaksa membeli barangan keluaran China dengan perak, barangan yang hanya diterima oleh pihak China. Dari pertengahan kurun ke-17 lebih kurang 28 juta kilogram perak telah diterima oleh China, disebabkan oleh kuasa permintaan yang tinggi dari Eropah, bagi membuat pertukaran barangan dengan pihak China[4]. Masalah pihak Britain bertambah lebih rumit apabila mereka mengunakan standard emas dari pertengahan kurun ke-18 dan ini menyebabkan pihak Britain terpaksa membeli perak dari negara-negara Eropah yang lain, menyebabkan beban hutang akibat daripada tambahan kos pertukaran[5].

Pada kurun ke-18, walaupun mendapat protes daripada kerajaan Qing, pihak perdagang British mula mengimport candu dari India. Disebabkan oleh rasa yang kuat dan tarikan semula jadinya, candu merupakan salah satu cara yang berkesan dalam menagani masalah perdagangan yang dihadapi oleh pihak British. Apabila perminataan terhadap candu yang mendapat sambutan yang baik daripada ribuan orang China yang ketagih dengan candu. Pada 1729, Emapayar Yongzheng telah mengharamkan jualan dan rokok yang dibuat daripada candu, dan hanya membenarkan sebahagian kecil bilangan candu diimport ke China bagi tujuan perubatan[6].